Salam Bahagia dan Salam 1Malaysia
Pendidikan merupakan nadi kecemerlangan para pelajar. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada kejayaan
murid dalam pendidikan. Ini selaras dengan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan anak Malaysia yang berketrampilan, berwawasan dan berhemah tinggi. Inilah
yang menjadi matlamat pihak PIBG da sekolah
Demi mencapai hasrat yang murni inilah maka pihak PIBG menganjur Majlis Makan Malam ini bersama Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato' Sri
Hj Adnan b Hj Yaacob, SSAP., DSAP., DGSM. Tujuan majlis ini dianjurkan demi menjana dana pendidikan PIBG dan seterusnya menjayakan aktiviti-aktiviti
pendidikan dan kebajikan yang bernas demi peningkatan prestasi murid dalam pelajaran.
Di sini saya ingin menyusun sepuluh jari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulur bantuan samada secara dermaaan tunai
ataupun tenaga demi kejayaan majlis ini. Saya juga menghargai jasa baik para NGO-NGO, anggota masyarakat, ibu bapa dan guru-guru atas sokongan dan sumbangan
yang tidak terhingga.
Semoga Tuhan menyempurnakan segala hasrat dan niat yang ikhlas ini.
"Karpom Karpippom Kalvikku Kai Koduppom"
Dr. Sudesan Raman
Pengerusi PIBG
SJK(T) Bandar Indera Mahkota
0 comments:
Post a Comment