KATA-KATA ALUAN - PENGARAH PELAJARAN PAHANG

Salam Sejahtera

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada warga sekolah dan Persatuan Ibu-Bapa dan Guru, SJK (T) Bandar Indera Mahkota, Kuantan kerana mengambil

inisiatif untuk menganjurkan Majlis Makan Malam untuk mengutip dana pendidikan serta kebajikan murid-murid semata-mata untuk meningkatkan prestasi

pencapaian pendidikan di sekolah ini. Usaha dan kesungguhan ini menunjukkan kebertanggungjawaban dan pengorbanan warga sekolah dan PIBG untuk merealisasikan

kecemerlangan modal insan.
Pihak Jabatan Pelajaran Pahang sentiasa menyokong serta mengalu-alukan usaha murni penganjuran majlis sebegini kerana usaha-usaha sebeginilah yang

akan memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. Penyertaan pihak PIBG secara total dan aktif demi kelangsungan aktiviti-aktiviti pendidikan

juga merupakan langkah terpuji yang perlu terus disemarakkan. Keakraban antara pihak sekolah dengan PIBG merupakan momentum awal dalam memastikan

keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah.
Rakaman penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua

penderma yang telah bermurah hati untuk menyumbangkan sesuatu untuk digunakan oleh pihak sekolah sebagaimana yang dihasratkan. Semoga dana yang diperoleh

akan memberikan dorongan utama ke arah meningkatkan pencapaian sekolah ini dari semasa ke semasa

Sekian, Terima Kasih
Dato' Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Latiff, DIMP., AAP., AMP., AMN.
Pengarah Pelajaran Pahang

0 comments:

Post a Comment