KATA-KATA ALUAN - YAB MENTERI BESAR PAHANG

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Saya ucapkan tahniah kepada kepimpinan dan ahli Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bandar Indera Mahkota, atas usaha mengajurkan Makan Malam ini.
Saya difahamkan, penganjuran Makan Malam ini ialah untuk mengutip derma bagi menampung tabung PIBG demi membiayai pelbagai aktiviti yan bakal memberi manfaat kepada murid dan sekolah ini.
Saya difahamkan, penganjuran Makan Malam ini ialah untuk mengutip derma bagi menampung tabung PIBG demi membiayai pelbagai aktiviti yang bakal memberi manfaat kepada murid dan sekolah ini.
Saya berharap, penganjuran ini akan berjaya dan tercapailah hasrat dan matlamat penganjurannya.
Sebagai sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), sumbangan kepada pendidikan anak-anak kaum India seterusnya kepada sektor pendidikan negara adalah tetap besar.
Oleh itulah, peranan dan sumbangan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) mestilah sentiasa dihargai oleh semua tanpa mengizinkan apa-apa usaha untuk memperkecilkan-kecilkan pula.
Kepada semua saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Semoga apa juga yang kita lakukan adalah mengambil kira semangat 1Malaysia yang telah Kerajaan gagaskan.

Terima Kasih
Dato' Sri Hj Adnan b Hj Yaakob, SSAP., DSAP., DGSM

0 comments:

Post a Comment