KATA-KATA ALUAN - GURU BESAR

Salam Sejahtera

Kecemerlangan pendidikan sekolah hanya akan dicapai sepenuhnya melalui pengembelingan tenaga dan kerjasama daripada semua pihak samada, Guru Besar, guru-guru, PIBG, Ibu Bapa, NGO dan masyarakat keseluruhannya,

Majlis makan malam ini diadakan bersama Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Hj Adnan b Hj Yaakob, SSAP., DSAP., DGSM. Seiringan dengan hasrat murni PIBG sekolah untuk menampung dana pendidikan demi kemanfaatan murid-murid SJK (Tamil) Bandar Indera Mahkota demi meningkatkan lagi prestasi pencapaian dan membentuk sahsiah murid-murid.

Saya rasa amat berbesar hati kerana berpeluang berkhidmat di sekolah yang berwawasan ini. Namun saya sedar bahawa saya terpaksa menghadapi pebagai cabaran dan dugaan dalam mengekalkan dan meningkatkan lagi prestasi sekolah ini. Saya amat berbangga kerana dapat menghulurkan bantuan dalam masa yang singkat untuk menjayakan program yang murni ini.

Saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bergandingan-bahu menjayakan majlis makan malam ini khususnya pihak PIBG sekolah, guru-guru sekolah dan para ibubapa dan NGO dan komuniti yang disanjungi.

Terima kasih tidak terhingga jua kepada semua pihak dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis makan malam ini.

"Selamat Maju Jaya"
R.P. Velayutham, AMN., PPT., PJK., PJK., PJM., PBB.
Guru Besar

0 comments:

Post a Comment