KATA-KATA ALUAN - PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA

KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Tanpa disedari masa pantas berlalu dan persekolahan telah sampai dipertengahan tahun. Oleh itu ingin saya ambil kesempatan ini untuk mengimbas kembali kemajuan dan pembangunan sekolah serta peranan PIBG SJK (T) Bandar Indera Mahkota yang kian berkembang
Pertama sekali tahniah diucapkan atas setiap kejayaan yang dicapai dalam program-program yang telah disusun bagi membolehkan setiap pelajar meraih faedah dari sistem pembelajaran di sekolah ini terutamanya Program Memperkasakan Pelajar telah membuahkan hasil dengan peratus pencapaian 7A paling tinggi bagi tahun 2009 untuk Sekolah Tamil di negeri Pahang Darul Makmur.
PIBG sebagai pemangkin bagi Ibubapa dan guru-guru telah berjaya merapatkan jurang di antara keduanya dan menjadikan suasana pembelajaran lebih selesa. Saya selaku Pengerusi Majlis amat berbesar hati sekiranya lebih ramai individu serta badan korporat tampil untuk membantu memantapkan lagi peranan PIBG agar Sekolah akan terus mencapai kecermalangan dalam bidang akademik.
Justeru itu, majlis ini bertujuan mengumpul dana untuk memastikan kesinambungan program-program PIBG dan setiap sumbangan yang dihulurkan tidak pernah di anggap kecil. Setiap ringgit yang disalurkan akan membentuk masa depan anak-anak

Yang Berkhidmat,
Pn. Mala P. Doraisamy, AMN

0 comments:

Post a Comment